Assalamualaikum semua..
Syawal menjelma ramadhan menghilang. Perasaan aku bercampur baur sekarang nie. Ada sedih dan dalam masa yang sama aku gembira. K lupe kan.
Mana satu jadi ikutan? Mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang cuba disampaikan melalui tajuk ni. Sekarang dah digelar zaman moden. Macam-macam fesyen ,right? Mana satu yang kita perlu ikut sebenarnya? K. Kita cuba selami maksud aurat. Apa itu aurat? Apakah aurat perempuan? Aurat perempuan ialah menutupi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Apa hukum menutup aurat? Hukumnya wajib dan bukan pilihan kita nak suka-suka tutup atau tak nak tutup. Aurat ialah menutup dan melindungi, bukan membaluti atau membungkus. Adakah kamu faham? HEHE.
tengok!! macam-macam fesyen pakaian untuk kita dipasaran sekarang. Yang berwarna-warni, yang striking warnanya, yang singkat, yang longgar, yang jarang pun ada.
Sila kembali kepada panduan islam, apakah tujuan sebenar menutup aurat?.
Dari
Ibnu Umar, dia berkata: "Rasulullah
bersabda: "Barangsiapa yang memakai pakaian syuhrah (pakaian kemewahan
kerana ingin dipuji), Allah mengenakan baginya pakaian kehinaan pada
hari kiamat." Abu Awanah (perawi) menambahkan: "Lalu akan dilahap oleh
api neraka." (Sunan Abu Daud, no. 3511, Sunan Ibnu Majah, no. 3596,
Musnad Ahmad, no. 5395)
Dari Maimunah binti Sa’ad, dia adalah
pelayan , dia berkata: Rasulullah bersabda: “Perumpamaan wanita yang
berbangga dan sombong yang menjulurkan (memperlihatkan) perhiasannya
kepada selain suaminya seperti kegelapan pada hari kiamat, tidak ada
cahaya sedikit pun padanya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1087)
Rasulullah bersabda: “Seburuk-buruk wanita kamu ialah
wanita bersolek lagi suka berbangga, mereka itu adalah perempuan
munafiq, tidak akan masuk syurga kecuali seperti burung gagak berkaki
merah (sedikit masuk syurga)”. (Riwayat Al-Baihaqi)
Dari Abu
Musa Al Asy’ari dari Nabi Muhammad, beliau bersabda:
“Apabila seorang wanita memakai wangian, lalu keluar melalui
orang-orang agar mereka mencium wanginya, maka wanita itu adalah adalah
begini dan begitu (maksudnya ciri wanita pelacur).” (Sunan At-Tirmidzi,
no. 2710, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 18757, Sunan Abu Daud, no.
3642, Sunan An-Nasai
renung-renungkan.wasalam
Isnin, 5 Ogos 2013
Khamis, 1 Ogos 2013
Ramadhan Berlalu Pergi Tanpa Pesan
Apa khabar iman korang semua pada petang nie? Iman aku Insyallah turun naik sekarang. Sedar tak sedar dah 1 Ogos kan. Betapa pantasnye ramadhan berlalu tanpa kita sedari. EH jangan lah bersedih sebab kita masih lagi dalam bulan ramadhan dan kini berada dalam minggu ke sepuluh yang terakhir. Maka rebutlah peluang malam lailatulkadar tu ye :)
Setiap kali pergi ke mana-mana pusat membeli belah, kita sering didendangkan dengan lagu raya padahal masa tu kita masih lagi dalam bulan yang mulia. Kenapa sebelum tibanya bulan ramadhan kita tak pernah pun mendendangkan dan meraikan kedatangan bulan ramadhan semeriah bulan syawal?. Begitu cepat kita menghalau bulan ramadhan nyatanya. Aku kecewa juga dengan apa yang berlaku dekat kelas tadi. tapi apalah hak aku nak menghalang dorangkan?. K lupakan. Aku just meluahkan je..
Walauapapun, Rebutlah peluang yang ada di sepuluh malam terakhir nie sebab kita tak tahu kan sama ada kita dapat sambut ramadhan lagi ke atau tak. Selamat Berpuasa :)). Wasalam