Kenang daku dalam doamu

Sabtu, 25 Mei 2013



Semalam. Semalam? kire malam tadi lah, malam tadi aku pergi rumah enek kire hajat nak melawat. Masuk rumah bersalam-salaman pe sume then tetibe paklong tanya aku sambung study dekat mana. Dengan selambek aku cakap "along masuk form six je". Paklong ajukan lagi soalan , ni kali pedas sikit la kot bagi aku pedas lah, bagi korang mungkin biasa je "kenapa masuk form six? result teruk kah? Berapa A mu? alah form six tu tak kemana pun, belaja-ii dah abes 1 tahun setengah dok rumah menganggur tunggu Sijil Pinangan Malaysia" (dalam loghat SABAH k, Ulang suara SABAH weii )

Amboi!! panas ke tak time tu ALLAH je yang tahu. Airmata nak jatuh tapi ego punya pasal cover je la gune tudung yang tak comel tu. AHAK. Anak dia pun sambung form six tapi sementara aje lah, tunggu keputusan temuduga dekat Keningau katenye. Bila aku tanya kolej ape, paklong tak nak bagi tahu pula. Ok tak pe tak nak bagi tahu, aku akan cari tahu juga hari Selasa nie, Siap ko..

Urmm sejujurnye aku tak kesah pun masuk form six sebab aku dah tahu kelebihan form six nie. Kepada siapa yang menghina tu mungkin dia tak faham apa itu Pra Universiti. Wekkk...k la aku malas nak taip. Hati aku panas ni dari tadi asyik menahan kerenah mamat ni je lah. Naseb-ii ape pun tak boleh.. wasalam :)

Luahan tentang kehidupan..
Hidup ni banyak cabaran nye
Cuba lalui dengan hati yang tenang
Kerana Allah sentiasa bersama kita..


Ahad, 12 Mei 2013

Selamat Hari Ibu ..





12 Mei 2013 adalah Hari Ibu sedunia, First sekali nak ucap Selamat Hari Ibu kepada ibuku yang tersayang didunia dan akhirat. Ibu kaulah ratu hatiku, tanpa mu siapalah aku didunia ni, tanpa mengira waktu ibu sentiasa mendoakan aku. Walaupun ibu suka marah kaklong, tapi kaklong sayang ibu, marah ibu sekadar di bibir hanya berniat untuk menyedarkan kita dari kesalahan. Setiap detik, setiap saat kaklong sentiasa sayang dekat ibu, sayang nie tak pernah berkurang jauh sekali pudar. Segala penat lelah dan sifat sabar akan kaklong kenang. Sayang ibu sangat sangat sangat.. Happy Mother Day..

Khas untuk ibuku yang tercinta ::

Bonda,
Anakanda masih memerlukan petunjuk kejalan kebahagiaan didunia dan akhirat,
Setia mengajar erti kekuatan,
Restu dan doa bonda iringkan,
Terima kasih atas segalanya,
Jasamu akan ku kenang,
Kerana kau adalah ibunda ku :))


Happy Mother Day , Love You Ibu :))