Kenang daku dalam doamu

Isnin, 29 April 2013

Ni Keputusan Muktamad



Sejak kebelakangan nie kepala aku pening teramat sangat bila pikir pasal kemana hala tuju aku lepas SPM. Tawaran kolej melambak-lambak sampai nak pengsan aku tengok. Kolej Kiara Masa lah, Kolej Ati lah, Kolej Poly-Tech Mara lah betul ke ejaan aku tu? Ish, dulik an yang penting ada sipi-sipi bunyi dia. Sebenarnye aku memang dah keliru tahap tak boleh taip dah sekarang nie, Tapi aku nak juga taip.  Ok. Kolej. Kolej nie banyak pakai duit, Mana la ayah aku nak korek duit banyak-II macam tu. So setelah aku pikir, timbang, tapis buat solat istikharah semua keputusan aku adalah aku pilih sambung form six je lah. Nak sedap lagi orang panggil Pra Universiti. Kawan-kawan aku tak ramai yang dapat Matrik paling-II pun dua orang je. Tahniah dekat Farha dengan Desy. HeHe. Yang lain majoriti pilih form six aje. Parent aku ngan Aziq sokong aku. Mereka penyuntik semangat aku. Terima kasih bebanyak .. :D

Sekarang aku dah jarang buka FB , malas nak baca status asyik cakap pasal sambung study, pasal matrik, pasal kolej dan yang sama waktu dengan nye. Kepada yang tak dapat matrik janganlah bersedih padahal aku pun sedih juga, Tapi bila difikir-fikirkan walau dimanapun kita belajar tu tak penting, yang penting niat kita belajar HAHA sorry amy aku ciplak ayat indah mu ini. Aku sakit hati bila ada seorang hamba Allah ni cakap sambung form six sangat merugikan. Eh, kalau nak tahu sijil STPM diiktiraf dekat seluruh dunia OK. Jadi jangan la pandang hina sangat dekat orang yang sambung form six.

Tadi aku tebaca satu blog ke dia cakap sambung form six ibarat selangkah kaki dah ada dekat Universiti tapi tu aku tak pasti la betul ke tak. Mungkin betul kot tapi entah la..HAHA.. Yes!! aku dengan Irang dapat Aliran Kemanusiaan. Irang satu kelas lah kita nampaknya. Happy gila sebenarnya sebab dah tak study mende yang susah tu. Amy kau kena menghadap Fizik,Biology,Kimia la nampaknya. Aku ingat lagi kau penah cakap kat kitorang yang kau dah tak nak study mende-II tu semua tapi apa boleh buat.. EH kalau nak tukar aliran boleh sebenarnya tapi aku sarankan lebih baik kau terima je Aliran Sains tu.
 
Doakan aku didunia dan akhirat..  :))


Isnin, 22 April 2013

Berhijrah





Tajuk kali ni BERHIJRAH. Alhamdulillah sekarang kita tengok ramai wanita diluar sana bertudung kan? Kalau dibandingkan wanita bertudung dengan wanita yang tak bertudung siapa yang paling comel?. Dah tentu la yang bertudung. Tapi perasan tak dalam berjuta-juta orang yang berhijrah pakai tudung ni, tak ramai yang menghijabkan diri dorang dengan betul kan?. Kalau kita tengok dekat luar sana macam-macam fesyen tudung. Al Maklumlah zaman dah maju jadi fesyen pun kena la number one. Tak salah nak berfesyen, tapi janganlah melanggar syariat yang ditetapkan dalam Al-Quran.

Ye.. Memang ramai yang cakap "Yang wajib ialah tutup aurat, bukan bertudung labuh ". Bertudung tak labuh memang tak salah sebenarnya, tapi adakah kita bertudung dengan sempurna?. Macam mana tudung yang kita pakai sekarang?. Tepuk dada tanya IMAN di dada  ^_^ .

Mesti ramai adik-adik, sahabat-sahabat di luar sana yang hatinya telah lunak di sapu bayu HIDAYAH oleh ALLAH. Sebenarnya HIDAYAH ni menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk menghampiri Illahi. Hati teruja melakukan kebaikan, langkah mula laju ke denai majlis-majlis ilmu, bibir dibasahi dengan ayat Al-Quran dan doa supaya ALLAH menguatkan hati untuk kekal dijalan yang benar.

Bila melihat penampilan diri yang agak tidak sempurna auratnya, hati menjadi sayu terasa malu dihadapan ALLAH. Mata mengalirkan tangisan bila mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah dan syariat yang ditetapkan. Saat diri mahu berubah @ berhijrah, ia luntur dicelah-celah semangat dengan tomahan sekeliling. Lantas memikirkan kata-kata orang, diri yang ingin mengorak langkah untuk berhijrah luntur. Kita kena ingat yang ALLAH sentisa membantu hambanya yang lemah.

"ALLAH memimpin sesiapa yang dikehendakiNya itu.."[ surah 24; an-Nur;ayat 35].
Disini ada Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh. Mana lah tahu, mungkin tips-tips ni dapat membantu sesiapa yang nak mengorak langkah ke arah kebaikan.

1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan diri dengan memakai baju longgar dan melepasi punggung. Tukar seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2. Rajin mendengar ceramah agama di masjid dan mendekati orang yang arif mengenai agama Islam.

3.  Memperbaiki ibadah-ibadah asas. Contohnya solat, puasa dan sebagainye lah.

4. Lakukan banyak amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat, menghafal ayat al-quran.

5. Bila hati dah semakin kuat dan berani berhijrah kearah yang lebih drastik pakai lah t-shirt muslimah, pastikan t-shirt muslim melebihi paras lutut.

6. Mulakan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). pinkan secara lurus. Kalau nak silangkan tak apa tapi kena menutupi dada sebaik-baiknya melebihi dada. Tudung yang sesuai seperti tudung Akel Bidang 50, Pashmina yang tidak jarang, paling mudah Tudung Jahit Sendiri macam tudung budak sekolah tu.

Kuatkanlah hati. Kuatkanlah semangat. berbanyak berdoa agar ditetapkan hati untuk melalui jalan-Nya. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki Hidayah-Nya. Bersyukurlah jika kita antara insan-insan yang terpilih untuk kembali ke jalan-Nya.

sesungguhnya, biar kita hilang "seseorang" atau "sesuatu" demi Allah. Daripada demi "seseorang atau "sesuatu" kita kehilangan Allah.
Firman Allah swt: " Dan barangsiapa yang berjihat (melakukan kebaikan) maka, sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam."[ surah 29; al-ankabut, ayat 6 ]

Bersama-sama kita berubah kearah yang lebih sempurna. Insyallah dengan izin-Nya. :))



 




Sabtu, 20 April 2013

Permulaan baru

    

Wei korang-korang, nak tahu tak tadi aku pergi bengkel memandu sebab nak tambah kelas D. Dari motorsikal ke motocar. So tadi dengar la sekali ceramah. Biasanye penceramah tahun lepas boring plus mengantuk tapi tahun nie syukur alhamdulillah penceramahnye tak membosankan. Tadi kan aku sampai lambat sikit sebab naik motor dan kebetulan jalan sesak pulak. Nasib lah kaunter masih boleh mendaftar, time tu dia merujuk kerani situ la mintak tunjuk IC (kad pengenalan). Time nak semak ic, ic aku tak boleh dibaca dalam sistem komputer 0HH No!! sakit hati aku. Tapi aku sabar je la then dia bagi satu kad kire dalam kad tu ada data aku la. HEHE.


Nie la kad nye. Aku pun tak tahu sampai bile aku nak simpan mende alah nie. Hermm.Ok tadi ada dua sesi bengkel. Sesi pertama just dengar ceramah dalam dewan. Sesi kedua kitorang dibawa pergi dekat satu tempat, nama tempat tu Bengkel L. HAHHA macam pelik je bunyi dia kan? Ok. Tadi dibagi pendedahan tentang enjin-enjin kereta contohnye macam penapis udara, bateri, minyak hitam, cara letak air dalam enjin, dan cara-cara membuka dan memasang tayar kereta. Disitu la kitorang didedah kan dengan jet kereta, spana tah apa lagi tah. Aku pun tak ingat lah. Penceramah kata perempuan biasanya takut nak tukar tayar walaupun dia pandai tukar tayar. HAHA aku rasa tu adalah BENAR. Tapi itulah hakikat nya.

Sebelum balik aku ternampak sorang mamat tengah ujian JPJ, part bukit dia lemah agaknye, tetibe kereta dia turun dari bukit nyaris-nyaris nak terlanggar kereta yang ada dekat bawah tu.. Fuhh aku pulak yang cuak jadiknya.. HAHHAHA

Aku dah dapat cikgu khas yang akan ajar aku drive nanti nama dia Cikgu Azrin, Harap-harap dia tak garang la kan dan tak getek macam ulat bulu kat daun tu. 


Doakan aku berjaya tau. Terima kasih :)

Sabtu, 13 April 2013

Telatah Si kecik



Alhamdulillah, tadi pagi kitorang sambut birthday si Ira. Ye, aku tahu birthday dia dah lama lepas. Tapi sengaja nak sambut jugak. Selagi tak dapat kek selagi itu la muka adik aku yang sorang nie mencuka. Masa hari birthday dia kitorang tak dapat sambut sebab ayah tak ada dekat rumah then tak ada orang nak tolong beli kek dia, sian sian sian. Nah jadi hari ni dia happy la, Aku pun tumpang happy juga sebab dapat taram kek dia. HAHA.







Khamis, 11 April 2013

Birthday Ira

السلام عليکم

Alhamdulillah, Hari ni genap la umur syahira lima tahun, Lima tahun juga lah dia melihat dunia. Tahun depan dia bakal hadapi alam persekolahan, Masa tu la dia mula kenal A B C, 1 2 3 . Walauapa pun kaklong ucapkan selamat hari lahir adik ku :). Kalau pandai meneka mana satukah syahira?


Selamat hari lahir yang ke lima kepada syahira adik ku yang nakal, comel, bijak dan cantik, Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki didunia da akhirat.

Selasa, 9 April 2013

Menghormati dijalan raya



Hari ni nak cerita pasal menghormati dijalan raya, Selalu kita dengar orang cakap " BERHATI-HATI DIJALAN RAYA " KAN? Kali ni berbeza sikit. Kalau cakap pasal hormat menghormati korang mesti terus tangkap muat pasal hormat orang tua lah, hormat kakak-kakak lah, yang penting korang akan fikir hormat kat manusia kan kan kan ? . Kali ni aku nak cite sikit kat korang pasal hormat orang masa kat jalan raya. Kalau boleh jangan lah buat jalan raya tu macam jalan datuk nenek kita sorang je. Nak nak kenderaan besar gedabak tu. Kalau da tau besar hormat laaa sikit kat orang yang menunggang motosikal ni.  Sian sian sian.

Sebenarnya aku panas betul la dekat orang yang bawak kereta yang besar-besar ni, tak semua la tapi. Contoh yang paling mudah macam kereta hilux la kan. Nak potong barisan pun agak-agak la, nak kata buta tak pulak, mentang-mentang motosikal ni bersize kecik suka hati bapa tiri kandung dia je potong motosikal sampai body kereta yang punya lah gedabak tu nyaris-nyaris kena motosikal ayah aku, astaghfirullah memang aku naik angin la time tu. ok shahara tenang la sekarang. Sapa tak marah kan kan kan? Kalau korang kat tempat aku konpom 100% rasa nak tembak-tembak je kereta tu dengan senapang.

Harapan: moga kita dapat kekalkan perasaan hormat tu walau dimana kita berada terutama dijalan raya