Kenang daku dalam doamu

Rabu, 27 Mac 2013

Kerja Kursus



Fuhhh, cuaca memang tak menentu sekarang ni. Kejap hujan kejap panas. Bebalik pada tajuk kita adalah KERJA KURSUS. Kenapa Kerja kursus ?. Sebab hari ni dan malam tadi aku bantu adik aku buat kerja kursus pendidikan agama islam dia tuh. Adik aku perempuan dan 12 tahun dan dia calon UPSR. Doakan dia ea ? Kerja dia tolong cari bahan and aku pulak tolong tengok pada mula nye la, tapi kesian tengok dia terkial-kial so aku tolong hias-hias macam tu je lah tapi. Penat tu tak la sangat sebab aku memang suka mewarna dan melukis-lukis ni, Nak nak bab merosakkan kerja orang. 

 tau la buruk, jangan la gelak

 Huruf bismillah tu aku yang buat, Cantik Tak? Ye aku tau memang tak cantik sebenarnya

 Gambar lelaki solat, Kalau la aku boleh tengok DIA pakai macam ni kan best

 Da macam papan kenyatan pulak

 Comel kan?

 haha. Sila gelak dengan hasil karya aku ye

 
Hasil tugasan kami berdua:
Pic masa 2012 di PERINGKAT 1  FELDA PASIR BESAR, GEMAS NEGERI SEMBILAN

Khamis, 21 Mac 2013

Terima Kasih



Alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang telah memakbulkan doa aku setiap hari. Pagi je telefon dah bebunyi sepupu semua betanye pasal keputusan aku, padahal aku masih dekat rumah. Tadi pergi sekolah dengan perasaan gemuruh, takut, semua la ada. Paling aku tak suka, Aku kena pergi sekolah sendiri-sendiri je. Ayah aku ada kerja sikit jadi terpaksa lah merempit dengan memakai baju kurung (terus hilang keayuan aku time tu) . Keluar je dari DEWAN kepala aku asyik memaling kekiri dan kanan, langkah aku kejap terhenti sebab kawan-kawan perihatin dengan aku.. HAHHA. Dorang taksub sangat dengan keputusan aku.

Firts sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang tak pernah jemu menadah tangan dan mendoakan anakmu yang nakal ni, terima kasih juga kepada guru-guru aku terutama sekali CIKGU SUHAILI selaku guru KIMIA dan GURU KELAS  kitorang ( Cikgu!!! saya dah lulus kimia ) heheh, terima kasih juga dekat kawan-kawan yang selalu bantu aku ketika aku dalam kebuntuan dan terima kasih sebab belanja aku makan dan minum jimatt duit aku HAHHA tak la, aku gurau je, and paling tinggi terima kasih kepada Cik Haziq Rasid  yang selalu bagi aku nasihat dan sudi mendengar luahan aku dan bebelan aku.. HUHU

Walaupun keputusan tak berapa enak dilihat sekurang-kurangnya aku dapat target dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris walaupun aku lemah sikit dalam bi tapi aku dapat buktikan yang aku ( BOLEH ), Matematik, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Biologi, Kimia, dan banyak lagi la subjeknya.

Aku bersyukur sangat sebab segala ketakutan yang aku hadapi dah berakhir. Tadi sempat jumpa ustazah Radiah, muka ustazah agak tegang la so kitorang cuma bersalaman je. Aku gembira sangat sebab dapat salam dan ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dah banyak bagi aku ilmu..Ape-ape pun TERIMA KASIH kepada semua yang dah banyak berkorban untuk aku. SAYANG KAMU SEMUA :)

Tahniah kepada hamba ALLAH yang lulus dengan cemerlang dalam SPM ni. Dan TAHNIAH kepada my BFF Shafika Izzati yang telah dapat 6A dalam SPM, Tahniah sayang. Miss you a lot.



 

Rabu, 20 Mac 2013

TAWAKAL



Esok hari yang mendebarkan bagi aku yang bergelar pelajar SPM 2012. Tipu la kan kalau tak takut, secara jujur aku memang rasa takut sangat. Ermm bukan takut pasal slip keputusan SPM yang bakal aku hadap, tapi aku takut keputusan aku tak berjaya membuat ibu dan ayah gembira. Aku takut dorang nangis sebab kecewa, kalau boleh tak nak la macam tu استغفرا الله    

Tapi aku harap keputusan aku ok la kan. Pape pun aku dah berusaha bersungguh-sungguh. Slip keputusan SPM akan sampai kat Aga_C pukul 14.00 pandai-pandai la korang pikir pukul berapa kah itu. Kalau dekat semenanjung slip dia awal. Ramai orang tanya aku target berapa A. Aku memang tak target berapa A tapi aku harap lulus la. Yang paling penting aku da berusaha semampu yang boleh. Kali nie aku hanya mampu bertawakal kepada ALLAH. DIA lah yang MAHA MENGETAHUI. Aku redha dengan ketentuan NYA.

ღ Doakan kejayaan kami pelajar SPM 2012 ღ

Isnin, 18 Mac 2013

Sami Yusuf

 
Kenal SAMI YUSUF tak ? Dia sekarang makin terkenal di Malaysia. Peminat dia bagai cendawan tumbuh selepas hujan melambak tau. Aku pun salah sorang peminat dia jugak. Aku minat dia bukan sebab nama dia sama dengan ayah aku, Tapi aku minat dia sebab dia hensem ( eh bukan la ) .. Sebab lagu dia memang best. Majalah TIME mengelar dia sebagai " Islam's Biggest Rock Star. 

Sami Yusuf シ
Aku suka album dia.
* Al-Mu'allim*
*My Ummah*
*Without You*
*Wherever You Are* 
♪♬♩♫♪♩♭♯♮♪♬
Harap suatu hari dapat tengok dia secara langsung  ... weii korang !!!! Aku letak perkataan " ASSALAMUALAIKUM " dalam tulisan jawi tau.. Cantik kan? hEhE tulisan jawi memang cantik..  
 

Sabtu, 16 Mac 2013

20 \ 3 atau 21 \ 3 ?



Makin hari jantung nie DUP DAP DUP DAP menanti result SPM. Ramai yang cakap result SPM penentu masa depan. Betul ke? Memang betul pun. Persoalan sekarang tarikhnya keluarnya keputusan belum pasti. Ada yang cakap 20 Mac ada juga yang cakap 21 mac. Tadi baru dapat tahu tarikh sebenar dia.

Nie bukti dia

Kepada SPM CANDIDATE 2012 harap-harap kita semua lulus dengan cemerlang. Insyallah..

Khamis, 14 Mac 2013

PEREMPUAN ATAU MUSLIMAH ?



Selamat malam, tengah-tengah malam ni buat aku nak muhasabah diri dengan lebih advance lagi. Bak kata" USTAZAH NIK NURSUHA " eloklah kita muhasabah diri dan minta maaf sebelum kita tidur sebabnya takut nanti tertidur terus buat selama-lamanya, muhasabah diri pun boleh dapat pahala tau. Nak pahala tak kawan-kawan ? Mesti jawapan korang adalah "YES".  PEREMPUAN ATAU MUSLIMAH ? tajuk aku kali nie.. Cuba lihat pada diri kita sekarang, Muslimah kah kita? atau sebaliknya.. tEp0K d@D@ t@nY@ Im@

Berbalik pada tajuk aku tu. Apa perbezaan seorang perempuan dengan muslimah ?  J0m BaCa n!E
# PEREMPUAN #
 ~ Apabila teruna memerhatikannya, Perempuan akan membalas renungannya.
 ~ Apabila teruna mendekatinya selangkah, Perempuan akan mendekatinya beribu-ribu langkah.
 ~ Apabila teruna memujuk rayu, Perempuan akan lemah dalam pangkuannya.
 ~ Apabila teruna memberi harapan, Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TeTapi Se0R@n

# MUSLIMAH #
 ~ Apabila teruna memerhatikannya, Muslimah tunduk mengelak panah syaitan.
 ~ Apabila teruna mendekatinya selangkah, Muslimah mengundur berpuluh ribu langkah.
 ~ Apabila teruna memujuk rayu, Muslimah menganggap itulah kalimah iblis.
 ~ Apabila teruna memberi harapan, Muslimah yakin janji NYA lebih indah di sana.

See perbezaan dia? Harap sangat korang dapat mengubah diri yang baik tu menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik lagi. Tetibe nak berpantun or bersajak la pulok. Boleh kan kan kan ? Terima kasih..

Kerana muslimah mengerti dan menyedari,
Akan maruah peribadi sejati,
Yang diselaputi iman yang hakiki,
Yang tidak mudah dicemari,

Tapi mampu dimiliki,
Oleh insan yang insani.

Muhasabah diri diwaktu malam,Minta maaf kalau ada yang terasa ea?
 

Selasa, 12 Mac 2013

~ ANDAI RASULULLAH MELIHAT KITA BERCINTA~


Dah lama tak conteng kan.. ANDAI RASULULLAH MELIHAT KITA BERCINTA ?? ERRM..Tajuk memang MeLeToP sangat.. Dah macam rancangan kat astro ria la pulok. Budak-budak zaman moden nie bila sebut soal cinta HAMBOI mengalahkan TOK BIDAN je. 85% update status dekat FB pasal CINTAN CINTUN CINTON ye dak? Dan selebihnya pasal keagamaan laa kan..

Memang tak dinafikan remaja suka mencintai dan dicintai. TAPI TAPI TAPI TAPI korang kena beringat lohh, Kadang-kadang ia mendekatkan kita dengan nerakawi (ade ke nerakawi?) dan kadang-kadang mendekatkan kita dengan syurgawi.

Ibubapa, guru selalu nasihat anak-anak demo ( JANGAN BERCINTA TIME BELAJAR @ JANGAN BERCINTA TIME SEKOLAH ) adakah nasihat ini memberi impak kepada anak-anak demo? Macam no respond je. Ni semua silap silap silap dan silap. Sebab ape silap?????

Sebab ibubapa, guru tak peke dengan keadaan sekarang. Pernah dengar nasihat berbentuk macam nie tak? ( JANGAN BERCOUPLE TIME BELAJAR @ JANGAN BERCOUPLE TIME SEKOLAH ) confirm tak pernah dengar kan? Tengok laaa.. Zaman sekarang kan dah maju jadi minda dorang lagi up to date ..Segalanya dihujung jari .. Nak nak sekarang dah ada banyak laman sosial (so... sial)HAHA.

> CINTA MULA BERPUTIK DI FACEBOOK
~ Aku appy bersama si DIA (jengkreng tahap gaban)
~ 1st aku kenal laki macam DIA (auww)
~ Tak sabar nak tengok si DIA (hais syumm)
~ Seharian bergayut dengan sii jejaka hitamku(ambek mu sitoo)

> BILA CINTA MULA PUDAR DI FACEBOOK
~ bila ko nak break ngan aq jantan (kasarnyo bahase)
~ aq keluar dengan kawan pun nak memekak ke (kasar sgtt)

See.. Budak sekarang lebih banyak bercouple daripada ber'cinta. Zaman RASULULLAH kalau dah suka kat seseorang senang je teros masuk meminang then kawen teruss.. Kerja tak ada.. Jangan risau rezeki milik NYA. Bukan nak larang bercouple time sekolah ke ape. Tapi bercinta biarlah dapat menjadi ibadah, dapat mendatangkan kebaikkan, dapat mengubah kita atau pasangan kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni, yang paling penting CINTA TAK MENGHALALKAN APA YANG HARAM hOPe k0rAng PahaM ..

Bersama-sama muhasabah diri ..