Kenang daku dalam doamu

Khamis, 31 Januari 2013

F A C E B O O K

...Assalamualaikum...

Suatu malam si bapa terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di F A C E B O O K statusnya bertaip:

"Nape lah hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone now :-( "

Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut..Ada jejaka hensem,ada jejaka poyo,ada jejaka alim-alim kucing.Semua nak berikan jawapan."Ah semua nak mengurat" getus hati kecil gadis tersebut.Sampailah giliran jejaka yang ke 401

Jejaka 401 komen:
"mana nak tenang ~;
~ solat pun kurang.
~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan.
~ nangis sujud taubat pada tuhan pun jarang-jarang.
~ bila sedih kau cari kawan then pergi HAVE FUN.
~ bila ada masalah lagu dan muzik ko layan..Al quran mana ko pandang.
~ bibir rajin mengumpat..Zikir x pernah jadi sebutan.
~ bila study,hormat pada guru dan pensyarah pon kurang.
~ bila tak tenang,mengadu dalam sosial jadi pilihan,,tikar sejadah mana nak pandang.
~ bila tak tenang,cari teman buat pasangan tapi tak cari T U H A N buat petunjuk jalan.

Tapi bila tengok "S E T I A  H U J U N G  N Y A W A" tenang sungguh sampai mengalir-ngalir air mata.Tengok watak ZAIN HAKIMI terus tenang pulak..Luluzzz...

Wahai pemilik fb nie, sudah-sudahlah tu membonggak ~ ~"

Apabila si gadis terbaca komen jejaka yang ke 401 die terus jadi berang lalu menyumpah seranah sambil menggerakkan cursor laju-laju carik button block.

Then gadis tu update status baru..

"I dah block mamat poyo mane entah belagak macam tau semua tentang aku..Hey U just know my name..Not my story OK!!!!!"

Si abah tersenyum dibawah meja sambil main laptop.Dalam hatinya berkata..

"Fuh..nasib baik aku dah buat 5 lagi face account.Baru block 1 je pon.kah kah kah..kali nie nak guna face mamat ensem la pulak..nak tenangkan die..kononye kat message..hik hik hik"

Ok..assalamualaikum..  *___*


 
 

Jumaat, 25 Januari 2013

Perubahan Kita..SeDaR?

...Assalamualaikum...

"cinta itu indah"

Banyak orang cakap cinta itu indah sebenarnya memang indah pun *jika berlandaskan syariah yang betul kan?*..Cinta banyak maksud yang tersirat dan tersurat..ade cinta kepada pencipta,cinta pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan,cinta pada harta,cinta pada keluarga,kawan-kawan dan cinta pada pasangan..

Cinta banyak mendatangkan perubahan..perubahan nie boleh mengembirakan dan melukakan hati seseorang..
Kalau bercinta dengan pasangan nah hambek mu situu...

AWAK MARAH...SAYA DIAM
IBU MARAH...KAU LAWAN KAN?
AWAK MERAJUK...SAYA PUJUK
IBU MERAJUK..KAU KATA IBU MENGADE-NGADE
AWAK MENGADU...SAYA DENGAR JE
IBU MENGADU...KAU WAT MUKE TAK DENGAR JE
AWAK HABIS KREDIT...SAYA SHARE TOPUP
IBU TAK DE DUIT...ADE KAU TOLONG IBU?
AWAK CAKAP RINDU...SAYA JUMPA AWAK
IBU CAKAP RINDU...KAU TAK TELEFON/TAK BALEK RUMAH PUN
AWAK NAK CHECK FON SAYA...SAYA BAGI
IBU CHECK FON...KAU CAKAP BEDOSE CHECK FON ANAK
AWAK NAK SAYA CAKAP "I LOVE U"...SAYA CAKAP
DEKAT IBU ADE KAU CAKAP I LOVE U? 
AWAK NAK SAYA PIMPIN...SAYA PIMPIN TANGAN AWAK BILA MELINTAS
IBU NAK MELINTAS...ADE KAU PIMPIN?
SAYA TAKUT AWAK TINGGALKAN SAYA
DEKAT IBU KAU CAKAP BIARKAN ANAKMU BERSENDIRIAN PERGI!!!!!

Nie perubahan yang berlaku pada kita tanpa disedari kan?......jadi sama-sama lah kita perbaiki diri supaya tidak menyinggung hati orang lain..

sewaktu kita masih kecil
ibu sering mengajar dan membuat kita tersenyum
tetapi bila kita sudah dewasa
mengapa kita lupa membuat ibu kita tersenyum bahagia

"sayang ibu"


 

 
    
        

Mutiara Kasihmu

Assalamualaikum

Salam Jumaat kawanku ...Alhamdulillah syukur kepada Allah kita diberi kesempatan untuk melihat dunia dan menikmati segala nikmat dunia nie..Pernahkah korang tefikir berapa banyak pahala dan dosa yang kita dah lakukan sepanjang kita brnafas??..Antara dosa dan pahala mana kah yang paling berat??..Errmm fikirkan dengan tenang..

Siapakah yang melahirkan korang??___________

Siapakah yang paling korang sayang?? Kapel??Ibu??Ayah??

Apa yang korang lakukan untuk balas jasa Insan yang banyak berjasa pada kita??

Syurga dibawah tapak kaki ibu kerana dia banyak berkorban RIGHT?..Betapa hebatnya tangan seorang ibu

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuapkan
Ketika kita kehausan...tangan ibu yang memberi minuman
Ketika kita menangis...tangan ibu mengusap lembut wajah kita
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah kesyukuran,memeluk erat dengan airmata bahagia
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang menidurkan kita dengan penuh kasih sayang
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air pada seluruh badan kita untuk membersihkan kotoran
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata " sabarlah sayang"

Namun ketika ibu tua dan kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuapkan..dengan tangan yang bergetar,ibu suap sendiri makanan kemulut dengan linangan airmata..
Kita ibu sakit...dimana tangan anak yang ibu harap dapat merawat sakit seorang ibu?
Ketika nyawa ibu berpisah dari jasad...ketika jenazah ibu hendak dimandikan...mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali terakhirnya..

Tangan ibu ajaib,sentuhan ibu sentuhan kasih..ciumlah tangan ibu sementara masih ada waktu..

~Bila kali terakhir kamu mengatakan " I LOVE YOU MOM "
~Bila kali terakhir kamu mengatakan  "I'M SORRY MOM "
~Bila kali terakhir kamu mengatakan " HOPE GOD BLESS YOU MOM "
~Bila kali terakhir kamu mengatakan " ARE YOU FELL HEALTH MOM "
~Bila kali terakhir kamu mengatakan " I MISS YOU MOM "
~Bila kali terakhir kamu meminta Pelukkan dan Ciuman dari bu??
~Bila kali terakhir kamu menatap wajah ibu?renunglah sementara sempat






Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul..

...Assalamualaikum...

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat islam di muka bumi ini.Masih belum telambat aku ucapkan salam nie kan??..Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi umatnya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan umatnya yang tercinta..Aku nak kongsi 1 cerita harap korang dapat menghayati dan teladani sifat terpuji baginda..Insyallah ..

(KETABAHANMU YA RASUL KU)

Ketika menjadi imam dalam solat perut RASULULLAH S.A.W berbunyi lalu didengari oleh para sahabat baginda seakan-akan bunyi sendi RASULULLAH S.A.W bergeser antara satu sama lain..Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda langsung bertanya kepada RASULULLAH setelah selesai solat..

"Ya RASULULLAH kami melihat seolah-olah anda menanggung penderitaan yang amat berat..adakah anda sakit?" Namun RASULULLAH S.A.W dengan segera menjawab "TIDAK..Allhamdulillah aku sihat..

Mendengar jawapan tersebut sahabat umar bertanya"mengapa setiap kali anda menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran pada tubuh anda"..Melihat kecemasan pada wajah sahabat RASULULLAH S.A.W mengangkat jubahnya,para sahabat berasa terkejut ternyata perut RASULULLAH kempis,kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar,batu-batu kecil itulah punca bunyi halus apabila aginda menggerakkan tubuh..

Saidina Umar memberanikan diri lalu berkata "Ya RASULULLAH adakah bila anda menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan, lalu kami hanya berdiam?"

RASULULLAH menjawab dengan lembutnya "tidak para sahabatku,Aku tahu apapun akan engkau korbankan demi rasulmu ini,tetapi apakah yang akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti?..Apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya." Para sahabat hanya tertegun..RASULULLAH melanjutkan "biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak tidak kelaparan didunia ini..

Penghayatan: Lihatlah betapa besarnya pengorbanan rasul kita..oleh itu marilah kita bersalawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Rabu, 23 Januari 2013

Hadiah?? Like +___+

...Assalamualaikum...

Korang-korang aku dapat hadiah yey yey..HAHA..Macam la tak pernah dapat hadiah sebelum nie..
OK..malam tadi memang best lah..Ayah balik dari kebun and ade bawak ole-ole..Ayah cakap pekerja kebun sawit yang bagi hadiah tu..So aku pun buka lah..TARRRAAA..baju yang simple cantiklah..ERRR dari Indonesia weeii.korang ado?? tak do an..HAHA...Aku suka sangat tengok corak baju tu..OK OK lupa nak cite sikit asal usul pekerja ayah aku tu..

EHEM..die bekerja ngan ayah aku dah lame da..dari tahun 2006 and sekarang da 2013..LAMENYEE..die memang rajen..keje die tombak sawit ayah aku laa kan..Die asal dari JAKARTA..WeII memang bangga la dapat hadiah dari INDON niee...walaupun tak dapat jejak kaki kat sane dapat ole-ole pun jadi la..

Aku nie name je duduk dekat ngan indonesia tapi tak penah pun pegi jejakkan kaki kat sane..teringin tu memang la ade...HEHE..TAPI baru-baru nie ade dengar ayah nak bawa kitorg 1 family pergi melancong kat Indonesia HAHA..Cume tak sure lagi laa bile masa die..ERRR sebenarnye nak jimat duit la..Barang-barang sane kan murah..hahaha.So borong sakan la kitorang nanti..Insya-allah kalau dapat pergi sane ...

==========================================================================

Aku pun tak tau kenapa pekerja kebun tu bagi aku kain nie..haha..terime je lahh

 Aku tak tau la makassar tu ape..yang penting baru..ahha

 Nie paling aku suka..corak die klasik kan??

Ok la..tu je kot..terima kasih sebab baca blog nie..



Jumaat, 18 Januari 2013

Seindah Perhiasan Dunia


....Assalamualaikum...




Daripada Abdullah bin Amr r.a katanya Rasulullah bersabda yang bermaksud : Dunia ini merupakan keseronokkan yang bersifat sementara dan keseronokkan yang paling baik didunia adalah wanita solehah
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan sabda rasulullah s.a.w keseronokkan yang paling baik didunia adalah wanita solehah...
Bagaimanakah cara untuk menjadi wanita solehah??

Pertama sekali kita hendaklah sentiasa melakukan perintah Allah dan meninggalkan perbuatan terlarang..Sebagai seorang wanita menutup aurat adalah sangat penting kerana aurat merupa mahkota setiap wanita...wanita zaman moden bagaimanakah tudungnya??
Kepada wanita yang kurang mengetahui cara pemakaian tudung dengan cara yang betul anda boleh baca nie..(sekadar menasihati bukan nak memerli):




Cara pemakaian tudung/hijab yang sempurna diseluruh dunia



Kedua wanita solehah juga sentiasa menjaga lisan dan hati mereka


Wanita solehah juga sentiasa mengadu kepada penciptanya


Wanita solehah menjadikan al-quran sebagai rujukkan dan panduan hidup



Wanita solehah Tahu apa itu "Mahram"







Selasa, 15 Januari 2013

Kemana hilangnya sifatmu wahai manusia

Assalamualaikum....


Mulakan setiap perkataan dan pergerakkan mu dengan basmalah....sejak akhir-akhir ini banyak kes jenayah yang terjadi disekeliling kita tanpa disedari..Contohnya kan merompak,merogol,meragut dengan nyawa orang pun die ragut jugak dan banyak lagi laa...

Tu semua perbuatan jenayah yang terjadi kepada manusia..Perbuatan jenayah ada haiwan pun sangat menyedihkan..Persoalan yang sering berlegar-legar dalam gawang minda saya adalah mengapa sifat perikemanusiaan semakin pudar??..mengapa mereka sanggup menyeksa haiwan yang tak pernah menyakiti mereka?.....Sanggupkah korang sume tengok haiwan yang lemah diseksa dengan kejam???

Haiwan yang biasa diseksa adalah kucing...Kenapa kucing diseksa dengan kejam?? Cuba korang yg diseksa apa korang rasa..

Biasanya manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan akan melanggar haiwan tersebut,melimparkan air panas pada badan haiwan,membuang anak kucing di dalam sungai,memukul haiwan sehingga mati..

Sanggup korang dera haiwan yang tak berdaya kan???(sebenarnya tadi ternampak ada sorang hamba allah nie pukul anak kucing dengan besi penyapu tu tak puas hati nie)

Eh..nak tengok tak picture kucing comel saya??   taddddaaaaaa...saya sayang kucing and selalu tido ngan kucing-kucing nie..


 Nie Herry baru nak masuk 2 tahun..comel kan?


Gambar Herry time kecil


 ..Herry again..


Nie ibu Herry..comel je die tido kan?Name die mimie


Abang kepada Herry iaitu stokin..haha jangan gelak weii..nme die stokin sbb kaki die mcm pkai stokin


 Hello my name is Pondan kahkah..die selalu mengigil..jln pn mengigil

Nie sii Cing die lah yg paling aq syg

sii gagah berani

Haii kenapa masuk dalam selimut??say hai kpd mereka wahai kucing oii


Sebenarnya kucing saya sii cing da lama menghilangkan diri..
kucing yang saya bela ada 7 ekor..so sekarang tinggal 6 je..gmbar kucing laen x termasuk sbb dorg masih kecik..

ok la..selamat malam...
terima kasih sudi baca..



Kerja OH kerja

Assalamualaikum....

Hai encik blog..miss you so much..ehehe.Hari nie saya happy sesangat tau tak??
Nak tau kenapa??..Hari nie ayah yang tercinta bagi peluang kepada anak sulungnya untuk berkerja..Sebenarnya tahun lepas ayah bangkang saya kerja,tapi tahun nie mood ayah baik kot sebab tu lah die bagi anak perempuan sulungnya kerja..

Tanpa berlengah aku pun pergi la mintak borang kerja kat tempat my friend iaitu emilija muhammad... HAHA..naik tangga je dah jumpa dia tengah susun buku.

Kerja yang bakal aku lakukan adalah menghadap buku..Semua yang akan aku nampak adalah buku buku buku dan buku...pusing kiri jumpa buku pusing kanan jumpa buku pusing blakang jumpa buku pusing depan jumpa buku..tengok atas nampak lampu,tengok bawah nampak lantai yang sangat bekilat..


 Nie tak pasti lagi sama ada nak kerja or tak..

Tadi 1st time aku masuk kat Darvel Bay Plaza tu sebab die baru buka bulan 11 tahun lepas.so pekerja pun tak berapa ramai and kedai pun banyak yang masih tutup..errr bangunan die pun besar juga..sampai tersesat tadi mencari Kedai Buku..HAHA..memalukan je..Nasib pakcik pengawal tu tunjuk kan jalan...

Sebenarnya aku baru nak mohon je..tapi tak sure la jadi kerja kat situ ke tak sebab faktor masa je..

Masa:9.00 a.m-9.00 p.m

Nie la masalahnya sekarang..siapa nak jemput aku??..Ayah selalu pegi dating dengan pokok kelapa sawit die tu..ermm..macam mana ek??..Aku dalam dilema nie..Naik motor malam-malam amat merbahaya..TAPI...akunak kerja sangat..Nak cari pengalaman dan diut terutamanya..hehhe...

ok la..tu je kot..terima kasih sudi baca..
assalamualaikum

 
 

Isnin, 14 Januari 2013

Terukir Dalam Diariku

Assalamualaikum.........

Hai encik blog ape kabar denganmu?? HAHA...pedulikan semua ini..(kepala terhantuk kat tiang tu la mcm senget)..........

Masa yang lalu tak akan pernah kembali tapi mimpi yang lalu mungkin akan terjadi sebagai kenyataan betul tak?...Tengah duduk sorang-sorang tiba-tiba rindu pulak time sekolah dulu.Mase darjah 1 semua masih budak-budak lagi HAHA pakai tudung sampai tetutup mata,hingus meleleh kalau lupa bawak sapu tangan jilat je terus (siapa pernah buat kerja macam nie masa kecik-kecik dulu sila mengaku)...benda nie terjadi time sekolah rendah je...

Masa sekolah rendah asal kan kena ejek dah nangis pastu balik rumah ngadu kat ibu..
pastu selalu kena rotan,kena berdiri atas kerusi,bediri luar kelas,jalan itik BEST KAN?...
Alaaa...masa sekolah rendah asyik ingat main je..

Tu cite pasal sekolah rendah lah... sekarang kita cite pulak pasal sekolah menengah...WAAAAAAAAA...time nie semua dah besar makin cantik makin hensem and makin dewasa..Nak jilat hingus meleleh pun dah malu dan segan..hhahah...Time nie dah pandai bercinta ..termasuk aku..(pengakuan ikhlas ea)..time nie juga kita ada kawan rapat om putih cakap BEST FRIEND..pastu kita da pandai langgar peraturan sekolah contohnya bawak telefon ke sekolah,bawak make up,pakai tudung pendek-pendek,kain macam orang nak pegi sawah,stoking warna-warni macam sesumpah la pulak..hahhaa..memang best kan..

Tapi masa yang lalu tak akan kembali.....hanya kenangan je dan akan ku ukir dalam setiap coretan diari..

Eh??aku ade gambar time sekolah..nak tengok..nie die

Nie kawan aku nama die Desy Triani die la yang selalu dengan aku time susah dan senang(die ketua kelas kitorg)


 Tahun 2012..



Nie last day SPM

Ustazah Wan Zaiton Wan Megat Idris lepasan u al-azhar.mesir ajar Pendidikan Syariah Islamiah

 Hari Karnival Sekolah

 Latihan kawad kaki peringkat gabungan Lahad Datu




jaga tabung sekolah


baju niar..hahha

cikgu Suhaili guru kelas 4&5 Harapan dan guru Kimia kami


 yang baring tu Nazirah die mmg mcm tu

 Tingkatan 5 2012

Last minit study paper Biology..


puteri handal biology Niar handal Add math


Ok lah..hahaha..tu semua tinggal kenangan je..
Tata assalamualaikum terima kasih sudi baca