Kenang daku dalam doamu

Selasa, 19 Februari 2013

RAGAM INSAN YANG BERGELAR ANAK

...Assalamualaikum...

Selamat tengah hari kawan-kawan. Alhamdulillah hari ni aku masih bernafas walaupun dalam keadaan separuh sakit.. Dalam keadaan sakit baru lah aku tahu yang ibu sangat sangat sangat sayang sangat kat aku.dan aku suka bila ada orang tu send mesej yang macam nie

" Org slalu ckp. Kalau dpt jmpe artis msti best. Kalau jmpe wanita cantik msti seronok. Bagi saye, dapat jumpa dan menghabis kan masa dengan Siti Shahara bt Yussof adalah suatu benda yg paling menggembirakan "

serius nak nangis pun ada ...OK biasanya anak sulung macam aku akan berasa tersisih bila dah dapat adik (luahan hati kecilku) nak tahu tak apa yang dirasai oleh seorang anak ?? meh tengok nie, baca dan jadikan iktibar

~ Anak terkadang berfikir ibu bapanya lebih sayang kan anak lain dari dia.
~ Anak terkadang berasa terkekang oleh ibu bapanya.
~ Anak terkadang merasa bahawa dirinya lebih pintar dan membantah nasihat ibu bapanya.
~ Anak terkadang merasa bahawa dirinya tidak disayangi dan dipinggirkan.
~ Anak terkadang selalu mengungkit segala kerja yang dilakukan untuk ibu bapanya.
~ Anak terkadang mementingkan harta daripada ibu bapanya.
~ Anak terkadang menganggap remeh sesuatu pekerjaan yang telah diberikan.
~ Anak terkadang suka melawan cakap ibu bapanya.

FAKTA YANG TIDAK DIKETAHUI ANAK ::::

~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa suka memuji sikap anaknya di depan orang lain.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa segala yang dilakukan ibu bapa adalah untuk kebaikan anaknya sendiri.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa lebih banyak pengalaman hidup bak kata orang " ibu bapa yang makan garam dulu ".
~ Seorang anak tidak tahu bahawa nama anak sentiasa menjadi mainan bibir dalam setiap doa ibu bapanya.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa tak pernah menceritakan kepayahan serta kesusahan melahirkan dan membesarkan anaknya.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa telah menyiapkan sesuatu yang bernilai untuk anaknya.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa tidak sanggup melihat anaknya hidup susah.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa setiap kali ia melawan cakap, hati ibu bapa akan bergetar dan menyebabkan umurnya menjadi pendek.

Ahad, 10 Februari 2013

:: AL-Mulk ::

...Assalamualaikum...

Apo khabar?..haha..Rindu lah rasa macam dah lama tak menconteng arang kat sini kan?..OK..Korang mesti selalu baca AL-QURAN kan?..Dalam banyak-banyak surah..korang suka baca surah apa??.Kalau aku mesti la surah YASIN..Nak tau kenapa..sebab tu je surah yang aku boleh hafal,kalau pergi ziarah kubur tak payah la susah-susah nak bawa yasin kan..Hari ni nak cerita tentang kelebihan surah AL_MULK..walaupun surah ni agak panjang sedikit tapi amalkanlah surah ini dalam kehidupan harian....

 :::: KELEBIHAN SURAH AL-MULK ::::

Ada cerita dalam Al-Quran, bahawa seseorang yang beramal dengan surah Al-Mulk, Bila tiba kematian, maka datang malaikat untuk menyoal. Sebelum sempat menyoal , surah Al-Mulk bercucuran memenuhi wajah si mati. Lalu malaikat berkata " Ya Ahlul Kitab aku kenal kamu..Kamu AL-MULK..Kenapa kamu datang ke sini?.

Seraya Al-Mulk menjawab " Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup dia beramal dengan ku.. Aku sudah sebati didalam kerongkong nya, maka aku hadir ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini ".

Malaikat menjawab: " Wahai Al-Mulk tidak boleh menghalang tugas kami ".

Lantas surah AL-MULK datang kepada ALLAH... " Wahai ALLAH..Aku adalah kitab-mu , Aku mahu melindungi manusia itu, jika engkau tidak mengizinkan buanglah aku (AL-MULK) dari AL-QURAN-mu ".

Maka ALLAH memberi keizinan kepada AL-MULK .Lalu AL_MULK kembali ke kubur manusia tersebut. Sesampai di kubur kelihatan malaikat menghampiri manusia, AL-MULK menjerit dengan gerunnya " Ya malaikat!! pergi kau dari sini!! Aku telah mendapat keizinan dari ALLAH bahawa aku akan menjaga manusia ini sehingga hari kiamat, aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian sendiri di dalam kubur ini, biarlah aku menjadi temannya sehingga dia dibangkitkan kelak.

Pesan:: Baginda Nabi Muhammad S.A.W telah berjanji sesiapa yang mengamalkan surah AL-MULK akan terhidar dari seksaan kubur.WALLAHUALAM..

Selasa, 5 Februari 2013

~::S U M A Y Y A H::~

...Assalamualaikum...

Pernah tak dengar seorang wanita yang bernama  S U M A Y Y A H ??..haha..sebenarnya tadi ada terbaca 1 buku nie..Dia menceritakan kisah SUMAYYAH rasa nak menangis pun ada..Mesti korang ingat2 lupa kan kisah sumayyah..ok..harap korang amik iktibar dan pengajaran ok?..

SUMAYYAH iaitu ibu kepada AMMAR BIN YASIR, yang merupakan gambaran cemerlang wanita pertama yang mati syahid dalam agama Islam. SUMAYYAH adalah isteri kepada YASIR. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang sanggup menentang ABU JAHAL yang terkenal dengan sifat kejam dan bengisnya. ABU JAHAL merupakan majikan kepada SUMAYYAH.

SUMAYYAH bersama suami dan anaknya AMMAR BIN YASIR telah dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak dapat bergerak dan melawan.

Mereka diseksa dengan kejam, agar mengikuti keinginan ABU JAHAL. Namun tidak terdengar sepatah katapun dari mulut YASIR dan puteranya AMMAR, selain daripada rintihan yang penuh kesakitan. Justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yang beriman ini agar murtad.

SUMAYYAH, tidak hanya merintih kesakitan tetapi menentang secara terus terang dan menyatakan bahawa dia tetap bErpegang teguh pada agamanya, walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Hal ini kerana mereka telah mendengar sabda RASULULLAH SAW ketika baginda melawati tempat mereka diseksa.

Sabda rasulullah saw: "besabarlah, wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan untuk kamu adalah syurga"

ABU JAHAL merasa terhina kerana dicabar oleh seorang wanita yang lemah. Segala penyeksaan yang dilakukan hanya menambah ketaqwaan SUMAYYAH. Akhirnya SUMAYYAH dibunuh dengan penyeksaan yang menyedihkan.

Riwayat SUMAYYAH dicatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Kerana wanita pertama mati syahid dalam Islam ini sebagai motivasi jihad terhadap generasi yang berikutnya.

Ibnu Hajar berkata didalam kitabnya AL-ISHABAH: " Sumayyah binti Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah bin Al-Mughirah bin Makhzan. Ia adalah ibu Ammar bin Yasir orang yang masuk islam pada kurun ke-7. SUMAYYAH diseksa ABU JAHAL dan ditusuk tombak pada kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Sekali lagi hadis riwayat Ibnu Sa'ad dengan sanad yang sahih dari Mujahid berkata: " Wanita pertama sekali mati syahid dalam Islam ialah SUMAYYAH merupakan wanita yang sudah tua dan lemah". Ketika ABU JAHAL terbunuh dalam perang Badar, RASLULLAH SAW bersabda: " ALLAH membunuh orang yang membunuh ibumu".

Begitulah agungnya nilai perjuangan seorang wanita. Bila kita renungkan ternyata orang yang pertama sekali memeluk Islam dan menyatakan kebenaran yang dibawa RASULULLAH adalah seorang wanita iaitu SAYYIDAH KHADIJAH. Dan orang yang pertama mati syahid juga seorang wanita iaitu SUMAYYAH. Semoga kaum wanita mampu meninggikan darjat kewanitaannya hingga akhir hayat.

Semoga kisah sumayyah dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran..ok..  *__*

Jumaat, 1 Februari 2013

...Assalamualaikum...

Pada suatu hari ada sorang lelaki nie,berkenalan dengan sorang perempuan melalui laman sosial iaitu  F A C E B O O K  ..Mulanya niat lelaki nie cuma nak berkawan begitu juga dengan perempuan nie..Tapi lama-kelamaan,oleh kerana hari-hari online bersama dan kerap berbual-bual..Maka terdetiklah "P E R A S A A N" diantara mereka.

Sebenarnya perempuan nie pernah putus cinta dengan kekasih die..EURMM orang putih cakap break la konon..kalau putus cinta mestilah sedih an..Bila lelaki tu datang je perempuan nie kembali HaPPy lahh...

Si perempuan berasa takut sebab tak mungkin lah cinta datang dengan cepat macam nie..Tapi bila die cuba menjauhi lelaki tersebut,perasaan tu semakin kuat.Ape taknye lelaki tu yang dah buat kehidupan perempuan tu bahagiakan..Banyak waktu dan rahsia yang dikongsi bersama lelaki tu.

Lalu pada suatu hari ~ ~:::

Si perempuan meluahkan perasaan kepada lelaki nie,maka lelaki tersebut membalas dengan penuh bermakna dan sangat menghargai perempuan tersebut.Setelah mengetahui bahawa mereka tidak bertepuk sebelah tangan akhirnya lelaki tersebut decide ajak jumpa.

Selepas perjumpaan, perempuan tersebut mula menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.Puas lelaki tersebut sms ,tunggu kat F A C E B O O K tapi malangnya perempuan nie tak pernah muncul lagi..

Pada suatu hari mereka terserempak disebuah kedai kek, lelaki tersebut tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan bertanya kenapa sikap die berubah..Setelah puas bertanya perempuan tersebut berkata:

Perempuan : " Saya tak tahu, selepas jumpa awak saya rasa lebih baik kita berkawan saja...bukan sebab...
Lelaki : " Suuudddddddahhhhhhhllaahhh!!! saya tahu awak tu memilih, saya tak sekacak EX awak kan..terpulang!..

Moral ::: manusia lebih mementingkan paras rupa daripada ketulusan hati seseorang.

Sebelum kita mengenal seseorang tu, kita nampak segalanya indah tentang dia
Tapi setelah kita mengenalinya dengan lebih lama, barulah kita nampak kekurangannya
Namun seseorang yang mencintainya dengan tulus, tidak akan memandang kelemahannya itu
Sebaliknya mencintainya dan cuba terimanya dengan seadanya kerana Allah..

 Ok..sebelum tu nak ucap salam jumaat dan salam febuari..

..../\
...(*)__________/\
..||n||_____.-:''''''''':-.__. sebelum awak membina masjid..
..||n||___(*(*(*|*)*)*)__. TOLONG..
..||n||_. ||nnnnnnnnnnnn||__. Ringankan kaki awak ke masjid dan solat dimasjid secara berjemaah..