Kenang daku dalam doamu

Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadhan Mendatang !!



Allhamdulillah sekarang kita berada di bulan yang mulia iaitu dalam bulan Ramadhan. Sedar tak sedar dah 4 hari kita berpuasa kan. Dalam bulan inilah kita dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T, bulan yang penuh kelebihan dan ganjaran. Setiap detik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini amat berharga dan kemungkinan amalan di bulan inilah yang memberikan perbezaan tempat kembalinya kita.

Dalam bulan Ramadhan iman kita di uji dengan pelbagai dugaan. Dalam bulan ini juga lah yang membuatkan kita menjadi seorang insan yang penyabar. Antara orang yang bertakwa aialah orang yang memunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi sebarang cubaan dan ujian daripada ALLAH sehingga imannya semakin kuat. 

Rasulullah saw bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: 
" Puasa itu sebahagian daripada iman"

Sabda Nabi lagi:
" Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah masuk ke dalam syurga"

Sabar adalah ini ajaran islam dan iman. Bersabar ertinya mengendalikan dan memaksa nafsu untuk melaksanakan ketentuan syariat. Sabar merupakan saudara syukur. Sesiapa yang bersabar, maka ia telah bersyukur atas nikmat ALLAH.

Slamat Berpuasa !!


 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved