Kenang daku dalam doamu

Isnin, 1 Ogos 2016

ceritera budak unimas

Alhamdulillah hari ni baru dapat meluangkan masa dengan cik blog ni. Maklumlah sibuk sangat tahun yang mendatang ni. Hari ni nak cerita kenapa sibuk sangat sampai tak cukup masa melayan blog. 

Alhamdulillah sekali lagi, rezeki saya sambung belajar di UNIMAS ( Universiti Malaysia Sarawak ) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Kognitif. Haaa !! mesti ramai terpinga an apa benda la Sains Kognitif ni. Meh nak cerita sikit, sains kognitif ni hanya ada dekat unimas je. Kami belajar tentang minda manusia dan bermacam teori lagi. Kepada adik-adik yang dapat kos ni dipersilakan search dulu apa yang patut dekat cik google. Google is best teacher !!.

Ok, kali ni kita bercerita sikit tentang first day saya sampai ke bumi kenyalang. Sampai UNIMAS mata tak berenti toleh sana sini. Pemandangan dia cantik sangat. Rasa gayat juga dan macam rusa masuk kampung pun ada. Tarikan utama dekat Unimas ni ialah Jambatan Cinta. Kenapa jambatan cinta ? Kepada adik yang bakal menjadi pelajar Unimas sila tanya akak senior korang cerita Jambatan Cinta.

Ini jambatan cinta

ni tasik Unimas yang jadi port untuk student lepak tenangkan fikiran sambil tengok student lain berkayak dan memberi ikan makan roti. Ikan dia banyak !!!!!


Unimas ni ada tiga pintu utama, satu sebelah kampus timur dua lagi di kampus barat. Kalau nak membeli belah berhampiran mall kitorang suka guna pintu sebelah timur sebab dekat. Jalan kaki pun boleh...

Kawan pertama saya jumpa adalah cik Lala. Nama dia panjang sangat nak taip. Kitorang bersama dari dalam flight dan menjadi roomate yang setia hujung nyawa. Sejak cuti semester ni rindu makin membuak pula.


Muka agak tembam ye anak-anak ..

Selepas MAP (Minggu Aluan Pelajar) otak kami ligat berfikir semester kedua kami nak duduk mana sebab pembuangan pelajar dari hostel agak memeriahkan. Jadi kami pun masuk PALAPES. Sebab dikhabarkan dapat jaminan kolej.

Benda ni memang tak di rancang langsung. Ikut punya ikut tetiba lulus ujian fizikal dan kami sah menjadi ahli wataniah tentera darat. Dari sini saya dapat belajar banyak benda. Salah satunya tolong-menolong, kerjasama, cara berkomunikasi dan paling best dapat rasa aktiviti lasak yang orang awam tak pernah rasa.

tak cukup ahli lagi ni.


ni housemate susah senang bersama, kena maki bersama, 

Kepada adik-adik yang dapat tawaran ke UNIMAS, jika berminat bolehlah menyertai Palapes Darat, selain elaun korang dapat jaminan kolej dan paling penting pengalaman yang orang lain tak pernah rasa. Kalau nak tahu, sertai ROTU Siri 20 bulan 9 ini !!!. Rasanya cukuplah untuk hari ni. Selamat Datang ke Unimas ya adik-adik.
 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved