Apa khabar semua?. harap berada dalam keadaan sihat. "Cintai Aku Kerana Allah" tajuk kita hari ni. Banyak kita tengok mereka yang bercinta kerana dia cantik, kerana nafsu, kerana nak merasa apakah itu CINTA, dan sebagainya. Jarang sekali kta jumpa orang bercinta kerana ALLAH. Kalau ada lah orang bercinta kerana ALLAH, aku memang tabik spring dekat orang tu :) .
Kebanyakkan kita bercinta dibangku sekolah. Ramai yang mengambarkan bahawa cinta itu indah oleh mereka yang merasainya. Hal ini seumpama tiada lagi kelazatan yang lagi indah dari buah cinta ini. Ibn Hazm al-Andalusi pernah mencoretkan " Cinta , awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ia tak dapat di lukis tapi hanya boleh dialami. Agama tidak menolak dan syariat juga tidak melarang".
Ye. Memang benar cinta tidak pernah dilarang oleh islam, sebaliknya lebih menggalakkan kita untuk menjadi seorang pencinta. Malah ia menjadi syarat kesempurnaan iman. Sebuah hadis al-Tarmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Hakim menyebut " Sesiapa yang mencintai kerana ALLAH, memberi kerana ALLAH dan menegah kerana ALLAH, sesungguhnya telah sempurna imannya".
Maka ditegaskan disini sesiapa yang mencintai seseorang kerana ALLAH maka telah sempurna lah iman mereka. Tapi ingat , Janganlah mencintai seseorang melebihi cinta kita kepada ALLAH S.A.W.
Terima kasih kerana sudi membaca :)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)