Kenang daku dalam doamu

Rabu, 19 Jun 2013

Lesen D




Hai dan selamat malam. Macam dah lama rasanya tak menconteng arang kat sini, Seriously wahh RINDU!!!.. Tujuan aku menulis pada malam ini adalah untuk... Tadaa ... Hehe
Alhamdulillah aku dah pun LULUS ujian memandu untuk kelas D (kereta) !!! HOrayyy. Lepas ni boleh la belasah kereta ayah sesuka hati. Tadi adalah hari yang buat aku terketar-ketar seluruh badan tanpa boleh di cover lagi. Ape tak nya ayah awal-awal dah bagi warning kat aku kalau aku tak lulus ayah dah tak nak sponsor duit lagi. Aku adalah peserta yang ke-19 dan merupakan peserta terakhir. Semakin aku tengok peserta lain drive, semakin bergetar lutut aku dibuatnya. Tadi ada 3 orang yang gagal dekat bukit dan 2 gagal dekat 3 penjuru. 

Bahagian 2 memang tersangat digeruni oleh peserta terutama peserta perempuan. Tapi aku lulus walaupun dekat seminggu lebih tak practice. Bak kata orang keyakinan mampu mengatasi masalah ketakutan. Lepastu kena buat bahagian 3 pula. Aku dapat abang yang pernah jadi pemantau aku semasa ambil lesen motor dulu dan tadi kita berjumpa kembali. 

Nasib tak berapa beruntung sebab dapat kereta Viva dan aku teramat menyampah dengan break tangan kereta tu. break tangan dia ketat weii. Mula-mula masuk dalam kereta aku betulkan kerusi, cermin, pakai tali pinggang, betulkan gear dan sebagainya lah. Nak taip tapi panjang sangat. OK. Kesalahan pertama yang aku buat adalah gagal guna break tangan dan kaki dengan betul. Baru nak keluar simpang pusat memandu dah buat salah. Haish ketat juga break tangan kereta tu sampai aku terpaksa guna kedua-dua belah tangan la.

Kesalahan kedua aku gagal guna gear yang sesuai. Senang cerita aku tersalah masuk gear. Sebenarnya aku nak masuk gear 3 tapi termasuk gear 1 ish.. ish.. ish.. Sepanjang berada di jalan raya, mulut abang tu tak berhenti-henti memekak. Kejap dia menyanyi, kejap dia tidur, kejap dia interview aku. Biasa la soalan pertama dia tanya adalah umur, tempat tinggal, pakwe, dan cita-cita. Aku pun naik panas nak jawab soalan-soalan dia, tak dapat fokus jadinya. Walaupape pun, syukur Alhamdulillah aku lulus. Selamat duit aku. Terima kasih kepada cikgu yang mengajar aku, ibu bapa, kawan-kawan dan DIA yang tak putus-putus berdoa, dan terima kasih pada abang JPJ tu. Kepada sesiapa yang bakal menghadapi ujian JPJ semoga lulus, jangan takut dan paling penting mesti yakin yang kita boleh buat. K la stop kat sini je lahh. Assalamualaikum :)


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)

 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved