Sabtu, 9 November 2013
STPM oh STPM
Sedar-sedar je dah masuk bulan November kan? Apa yang terkandung dalam bulan November nie ye. HUHU ~~ STPM. Jyeah. Aku calon STPM Penggal 1 2013. Exam start 20 sampai 25 ni. Dah enam bulan aku meringkuk dalam Smk Agaseh tu. Macam-macam kenangan, ragam, kerenah budak-budak nie.
Ingat lagi masa first time masuk dewan untuk orentasi form 6, cikgu pandang lain-lain je. Ada yang sengaja bagi kitorang ketak. Majoriti cakap STPM nie senang. Waa senang ?. Yess senang gagal katanya. Tapi pada pendapat aku la, siapa yang berusaha dia berjaya. Senang kan?. Mula-mula aku menyesal la juga masuk form 6 sebab hari-hari direndahkan, hari-hari dibandingkan, btw benda tu semua tak patahkan semangat aku untuk terus berjuang sebab aku ada penyunting semangat. Yes "dia" selalu bagi dorongan supaya aku kuat. Aku dengan dia bersaing untuk dapatkan pointer penggal satu yang tinggi tau, tapi hasrat tu tak tercapai pula. Sebab "dia" dapat UITM.
Kaum dekat kelas aku mula-mula ada lebih kurang dekat 50 juga, tapi sekarang da berkurangan sebab ramai yang terbakar duduk kat kelas tu, mean ramai yang berhenti sekolah, sambung kolej dan ada juga yang pergi kerja. Ape taknye hari-hari dicuci. Bagi aku siapa yang kekal sampai sekarang tu dia memang seorang yang tabah termasuk aku. Ceyy ^_^ .
Kepada rakan seperjuangan. Aku harap korang dah sedar apa tujuan kita masuk form 6 dan aku harap korang pun tengah berperah otak sekarang ni. Kita sama-sama berjuang guna pen dan idea masing-masing masa 20 sampai 25 november nanti. Ingat !! walau dimana pun kita belajar tu semua tak penting, yang penting usaha kita untuk menggenggam segulung ijazah . K la.aku pun nak belaja. Doakan aku ye kawan-kawan.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)