Kenang daku dalam doamu

Selasa, 15 Oktober 2013

Pergi Tanpa Pesan


Ya Allah , kadang-kadang dalam suatu masa orang lain bergembira tapi ada kalanya orang akan berduka. Tak semua manusia akan menempuh setiap perayaan dengan hati yang gembira. Kita harus ingat ada juga manusia yang menempuh suatu perayaan dengan airmata.

Aku tak sangka enek yang pernah membesarkan aku, pernah menggantikan tugas ibuku, pernah menyuap aku makanan, dodoikan aku tetiba pergi meninggalkan aku tanpa kata. Apalah ertinya aku kesana andai tujuan sebenar telah berubah. 

14 Oktober 2013 tarikh perit buat aku. Airmata tak tertahan bila mendengar berita kehilangan nenek. Kenapa semua nie berlaku Ya Allah.  Takpe lah, walaupun tak kesampaian hajat aku nak lawat enek tahun nie aku redha. Aku redha dengan kepergian nenek. Aku doakan arwah nenek tenang dan di tempatkan di tempat-tempat orang yang beriman. 

Kepada semua pembaca , mohon sedekahkan Al-Fatihah buat nenek saya .

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)

 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved