Hari ni baru nak update blog PUTERISULUNGBONDA . Agak-agak dah dekat berape bulan ye. Nampak tak kebuzyan aku disitu. " BILA ALLAH MENDUGA KITA ". Tajuk ni aku amik dari usrah jumaat minggu lalu yang disampaikan oleh Daie Florinda :) . Macam mana allah menduga hambanya ? Kita diuji dengan kesenangan dan kesusahan. Itu adalah ujian yang paling besar buat kita yang bergelar hamba allah dimuka bumi nie.
Kita perlu tahu semakin banyak ujian yang menimpa kita , semakin sayang lah allah kepada kita. Justeru kita kena memanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta. Di sini aku nak kongsi cerita laa. Boleh kan ?. Terima kasih :)
Dalam satu bangunan tinggal lah majikan dengan pekerja cuma bezanya majikan tinggal di tingkat atas manakala pekerja tinggal di tingkat bawah. Pada suatu hari majikan memanggil pekerja tersebut dengan menjatuhkan sekeping syiling emas. Lalu tanpa melihat ke atas pekerja tersebut mengambil syiling yang jatuh tu. Majikan pun menjatuhkan lagi sekeping syiling. Lalu pekerja tadi mengambil syiling yang jatuh entah darimana tah. Majikan pun marah sangat dan menjatuhkan batu ke bawah lalu terkena kepala pekerja tersebut. Pekerja pun tengok ke atas. Apa kesimpulan cerita nie ? Pikir pikir pikir !!!
Kesimpulannya manusia ni bila senang tak ingat pun kepada pemberi kesenangan. Kalau kesusahan mula lah merungut dan baru nak mengadu kepada allah. Kita kena bersyukur dengan setiap ujian yang kita lalui. Jangan lupa bersyukur kepada Yang esa :). Wasalam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)