Assalamualaikum semua..
Syawal menjelma ramadhan menghilang. Perasaan aku bercampur baur sekarang nie. Ada sedih dan dalam masa yang sama aku gembira. K lupe kan.
Mana satu jadi ikutan? Mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang cuba disampaikan melalui tajuk ni. Sekarang dah digelar zaman moden. Macam-macam fesyen ,right? Mana satu yang kita perlu ikut sebenarnya? K. Kita cuba selami maksud aurat. Apa itu aurat? Apakah aurat perempuan? Aurat perempuan ialah menutupi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Apa hukum menutup aurat? Hukumnya wajib dan bukan pilihan kita nak suka-suka tutup atau tak nak tutup. Aurat ialah menutup dan melindungi, bukan membaluti atau membungkus. Adakah kamu faham? HEHE.
tengok!! macam-macam fesyen pakaian untuk kita dipasaran sekarang. Yang berwarna-warni, yang striking warnanya, yang singkat, yang longgar, yang jarang pun ada.
Sila kembali kepada panduan islam, apakah tujuan sebenar menutup aurat?.
Dari
Ibnu Umar, dia berkata: "Rasulullah
bersabda: "Barangsiapa yang memakai pakaian syuhrah (pakaian kemewahan
kerana ingin dipuji), Allah mengenakan baginya pakaian kehinaan pada
hari kiamat." Abu Awanah (perawi) menambahkan: "Lalu akan dilahap oleh
api neraka." (Sunan Abu Daud, no. 3511, Sunan Ibnu Majah, no. 3596,
Musnad Ahmad, no. 5395)
Dari Maimunah binti Sa’ad, dia adalah
pelayan , dia berkata: Rasulullah bersabda: “Perumpamaan wanita yang
berbangga dan sombong yang menjulurkan (memperlihatkan) perhiasannya
kepada selain suaminya seperti kegelapan pada hari kiamat, tidak ada
cahaya sedikit pun padanya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1087)
Rasulullah bersabda: “Seburuk-buruk wanita kamu ialah
wanita bersolek lagi suka berbangga, mereka itu adalah perempuan
munafiq, tidak akan masuk syurga kecuali seperti burung gagak berkaki
merah (sedikit masuk syurga)”. (Riwayat Al-Baihaqi)
Dari Abu
Musa Al Asy’ari dari Nabi Muhammad, beliau bersabda:
“Apabila seorang wanita memakai wangian, lalu keluar melalui
orang-orang agar mereka mencium wanginya, maka wanita itu adalah adalah
begini dan begitu (maksudnya ciri wanita pelacur).” (Sunan At-Tirmidzi,
no. 2710, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 18757, Sunan Abu Daud, no.
3642, Sunan An-Nasai
renung-renungkan.wasalam
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)