...Assalamualaikum...
Selamat tengah hari kawan-kawan. Alhamdulillah hari ni aku masih bernafas walaupun dalam keadaan separuh sakit.. Dalam keadaan sakit baru lah aku tahu yang ibu sangat sangat sangat sayang sangat kat aku.dan aku suka bila ada orang tu send mesej yang macam nie
" Org slalu ckp. Kalau dpt jmpe artis msti best. Kalau jmpe wanita cantik msti seronok. Bagi saye, dapat jumpa dan menghabis kan masa dengan Siti Shahara bt Yussof adalah suatu benda yg paling menggembirakan "
serius nak nangis pun ada ...OK biasanya anak sulung macam aku akan berasa tersisih bila dah dapat adik (luahan hati kecilku) nak tahu tak apa yang dirasai oleh seorang anak ?? meh tengok nie, baca dan jadikan iktibar
~ Anak terkadang berfikir ibu bapanya lebih sayang kan anak lain dari dia.
~ Anak terkadang berasa terkekang oleh ibu bapanya.
~ Anak terkadang merasa bahawa dirinya lebih pintar dan membantah nasihat ibu bapanya.
~ Anak terkadang merasa bahawa dirinya tidak disayangi dan dipinggirkan.
~ Anak terkadang selalu mengungkit segala kerja yang dilakukan untuk ibu bapanya.
~ Anak terkadang mementingkan harta daripada ibu bapanya.
~ Anak terkadang menganggap remeh sesuatu pekerjaan yang telah diberikan.
~ Anak terkadang suka melawan cakap ibu bapanya.
FAKTA YANG TIDAK DIKETAHUI ANAK ::::
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa suka memuji sikap anaknya di depan orang lain.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa segala yang dilakukan ibu bapa adalah untuk kebaikan anaknya sendiri.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa lebih banyak pengalaman hidup bak kata orang " ibu bapa yang makan garam dulu ".
~ Seorang anak tidak tahu bahawa nama anak sentiasa menjadi mainan bibir dalam setiap doa ibu bapanya.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa tak pernah menceritakan kepayahan serta kesusahan melahirkan dan membesarkan anaknya.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa telah menyiapkan sesuatu yang bernilai untuk anaknya.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa ibu bapa tidak sanggup melihat anaknya hidup susah.
~ Seorang anak tidak tahu bahawa setiap kali ia melawan cakap, hati ibu bapa akan bergetar dan menyebabkan umurnya menjadi pendek.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)