Kenang daku dalam doamu

Ahad, 10 Februari 2013

:: AL-Mulk ::

...Assalamualaikum...

Apo khabar?..haha..Rindu lah rasa macam dah lama tak menconteng arang kat sini kan?..OK..Korang mesti selalu baca AL-QURAN kan?..Dalam banyak-banyak surah..korang suka baca surah apa??.Kalau aku mesti la surah YASIN..Nak tau kenapa..sebab tu je surah yang aku boleh hafal,kalau pergi ziarah kubur tak payah la susah-susah nak bawa yasin kan..Hari ni nak cerita tentang kelebihan surah AL_MULK..walaupun surah ni agak panjang sedikit tapi amalkanlah surah ini dalam kehidupan harian....

 :::: KELEBIHAN SURAH AL-MULK ::::

Ada cerita dalam Al-Quran, bahawa seseorang yang beramal dengan surah Al-Mulk, Bila tiba kematian, maka datang malaikat untuk menyoal. Sebelum sempat menyoal , surah Al-Mulk bercucuran memenuhi wajah si mati. Lalu malaikat berkata " Ya Ahlul Kitab aku kenal kamu..Kamu AL-MULK..Kenapa kamu datang ke sini?.

Seraya Al-Mulk menjawab " Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup dia beramal dengan ku.. Aku sudah sebati didalam kerongkong nya, maka aku hadir ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini ".

Malaikat menjawab: " Wahai Al-Mulk tidak boleh menghalang tugas kami ".

Lantas surah AL-MULK datang kepada ALLAH... " Wahai ALLAH..Aku adalah kitab-mu , Aku mahu melindungi manusia itu, jika engkau tidak mengizinkan buanglah aku (AL-MULK) dari AL-QURAN-mu ".

Maka ALLAH memberi keizinan kepada AL-MULK .Lalu AL_MULK kembali ke kubur manusia tersebut. Sesampai di kubur kelihatan malaikat menghampiri manusia, AL-MULK menjerit dengan gerunnya " Ya malaikat!! pergi kau dari sini!! Aku telah mendapat keizinan dari ALLAH bahawa aku akan menjaga manusia ini sehingga hari kiamat, aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian sendiri di dalam kubur ini, biarlah aku menjadi temannya sehingga dia dibangkitkan kelak.

Pesan:: Baginda Nabi Muhammad S.A.W telah berjanji sesiapa yang mengamalkan surah AL-MULK akan terhidar dari seksaan kubur.WALLAHUALAM..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)

 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved