Kenang daku dalam doamu

Selasa, 5 Februari 2013

~::S U M A Y Y A H::~

...Assalamualaikum...

Pernah tak dengar seorang wanita yang bernama  S U M A Y Y A H ??..haha..sebenarnya tadi ada terbaca 1 buku nie..Dia menceritakan kisah SUMAYYAH rasa nak menangis pun ada..Mesti korang ingat2 lupa kan kisah sumayyah..ok..harap korang amik iktibar dan pengajaran ok?..

SUMAYYAH iaitu ibu kepada AMMAR BIN YASIR, yang merupakan gambaran cemerlang wanita pertama yang mati syahid dalam agama Islam. SUMAYYAH adalah isteri kepada YASIR. Dengan keimanan yang kuat dan keberanian yang tersimpan di relung hatinya yang sanggup menentang ABU JAHAL yang terkenal dengan sifat kejam dan bengisnya. ABU JAHAL merupakan majikan kepada SUMAYYAH.

SUMAYYAH bersama suami dan anaknya AMMAR BIN YASIR telah dijemur di tengah padang pasir yang sangat panas. Kaki dan tangan mereka diikat sehingga tidak dapat bergerak dan melawan.

Mereka diseksa dengan kejam, agar mengikuti keinginan ABU JAHAL. Namun tidak terdengar sepatah katapun dari mulut YASIR dan puteranya AMMAR, selain daripada rintihan yang penuh kesakitan. Justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yang beriman ini agar murtad.

SUMAYYAH, tidak hanya merintih kesakitan tetapi menentang secara terus terang dan menyatakan bahawa dia tetap bErpegang teguh pada agamanya, walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Hal ini kerana mereka telah mendengar sabda RASULULLAH SAW ketika baginda melawati tempat mereka diseksa.

Sabda rasulullah saw: "besabarlah, wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan untuk kamu adalah syurga"

ABU JAHAL merasa terhina kerana dicabar oleh seorang wanita yang lemah. Segala penyeksaan yang dilakukan hanya menambah ketaqwaan SUMAYYAH. Akhirnya SUMAYYAH dibunuh dengan penyeksaan yang menyedihkan.

Riwayat SUMAYYAH dicatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Kerana wanita pertama mati syahid dalam Islam ini sebagai motivasi jihad terhadap generasi yang berikutnya.

Ibnu Hajar berkata didalam kitabnya AL-ISHABAH: " Sumayyah binti Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah bin Al-Mughirah bin Makhzan. Ia adalah ibu Ammar bin Yasir orang yang masuk islam pada kurun ke-7. SUMAYYAH diseksa ABU JAHAL dan ditusuk tombak pada kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yang pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Sekali lagi hadis riwayat Ibnu Sa'ad dengan sanad yang sahih dari Mujahid berkata: " Wanita pertama sekali mati syahid dalam Islam ialah SUMAYYAH merupakan wanita yang sudah tua dan lemah". Ketika ABU JAHAL terbunuh dalam perang Badar, RASLULLAH SAW bersabda: " ALLAH membunuh orang yang membunuh ibumu".

Begitulah agungnya nilai perjuangan seorang wanita. Bila kita renungkan ternyata orang yang pertama sekali memeluk Islam dan menyatakan kebenaran yang dibawa RASULULLAH adalah seorang wanita iaitu SAYYIDAH KHADIJAH. Dan orang yang pertama mati syahid juga seorang wanita iaitu SUMAYYAH. Semoga kaum wanita mampu meninggikan darjat kewanitaannya hingga akhir hayat.

Semoga kisah sumayyah dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran..ok..  *__*

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)

 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved