Tajuk kali ni BERHIJRAH. Alhamdulillah sekarang kita tengok ramai wanita diluar sana bertudung kan? Kalau dibandingkan wanita bertudung dengan wanita yang tak bertudung siapa yang paling comel?. Dah tentu la yang bertudung. Tapi perasan tak dalam berjuta-juta orang yang berhijrah pakai tudung ni, tak ramai yang menghijabkan diri dorang dengan betul kan?. Kalau kita tengok dekat luar sana macam-macam fesyen tudung. Al Maklumlah zaman dah maju jadi fesyen pun kena la number one. Tak salah nak berfesyen, tapi janganlah melanggar syariat yang ditetapkan dalam Al-Quran.
Ye.. Memang ramai yang cakap "Yang wajib ialah tutup aurat, bukan bertudung labuh ". Bertudung tak labuh memang tak salah sebenarnya, tapi adakah kita bertudung dengan sempurna?. Macam mana tudung yang kita pakai sekarang?. Tepuk dada tanya IMAN di dada ^_^ .
Mesti ramai adik-adik, sahabat-sahabat di luar sana yang hatinya telah lunak di sapu bayu HIDAYAH oleh ALLAH. Sebenarnya HIDAYAH ni menyapa tanpa disedari melembutkan hati untuk menghampiri Illahi. Hati teruja melakukan kebaikan, langkah mula laju ke denai majlis-majlis ilmu, bibir dibasahi dengan ayat Al-Quran dan doa supaya ALLAH menguatkan hati untuk kekal dijalan yang benar.
Bila melihat penampilan diri yang agak tidak sempurna auratnya, hati menjadi sayu terasa malu dihadapan ALLAH. Mata mengalirkan tangisan bila mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah dan syariat yang ditetapkan. Saat diri mahu berubah @ berhijrah, ia luntur dicelah-celah semangat dengan tomahan sekeliling. Lantas memikirkan kata-kata orang, diri yang ingin mengorak langkah untuk berhijrah luntur. Kita kena ingat yang ALLAH sentisa membantu hambanya yang lemah.
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan diri dengan memakai baju longgar dan melepasi punggung. Tukar seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Rajin mendengar ceramah agama di masjid dan mendekati orang yang arif mengenai agama Islam.
3. Memperbaiki ibadah-ibadah asas. Contohnya solat, puasa dan sebagainye lah.
4. Lakukan banyak amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat, menghafal ayat al-quran.
5. Bila hati dah semakin kuat dan berani berhijrah kearah yang lebih drastik pakai lah t-shirt muslimah, pastikan t-shirt muslim melebihi paras lutut.
6. Mulakan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). pinkan secara lurus. Kalau nak silangkan tak apa tapi kena menutupi dada sebaik-baiknya melebihi dada. Tudung yang sesuai seperti tudung Akel Bidang 50, Pashmina yang tidak jarang, paling mudah Tudung Jahit Sendiri macam tudung budak sekolah tu.
Kuatkanlah hati. Kuatkanlah semangat. berbanyak berdoa agar ditetapkan hati untuk melalui jalan-Nya. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki Hidayah-Nya. Bersyukurlah jika kita antara insan-insan yang terpilih untuk kembali ke jalan-Nya.
Bersama-sama kita berubah kearah yang lebih sempurna. Insyallah dengan izin-Nya. :))

"ALLAH memimpin sesiapa yang dikehendakiNya itu.."[ surah 24; an-Nur;ayat 35].Disini ada Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh. Mana lah tahu, mungkin tips-tips ni dapat membantu sesiapa yang nak mengorak langkah ke arah kebaikan.
1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan diri dengan memakai baju longgar dan melepasi punggung. Tukar seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2. Rajin mendengar ceramah agama di masjid dan mendekati orang yang arif mengenai agama Islam.
3. Memperbaiki ibadah-ibadah asas. Contohnya solat, puasa dan sebagainye lah.
4. Lakukan banyak amalan-amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat, menghafal ayat al-quran.
5. Bila hati dah semakin kuat dan berani berhijrah kearah yang lebih drastik pakai lah t-shirt muslimah, pastikan t-shirt muslim melebihi paras lutut.
6. Mulakan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). pinkan secara lurus. Kalau nak silangkan tak apa tapi kena menutupi dada sebaik-baiknya melebihi dada. Tudung yang sesuai seperti tudung Akel Bidang 50, Pashmina yang tidak jarang, paling mudah Tudung Jahit Sendiri macam tudung budak sekolah tu.
Kuatkanlah hati. Kuatkanlah semangat. berbanyak berdoa agar ditetapkan hati untuk melalui jalan-Nya. Bukan calang-calang orang yang terpilih untuk memiliki Hidayah-Nya. Bersyukurlah jika kita antara insan-insan yang terpilih untuk kembali ke jalan-Nya.
sesungguhnya, biar kita hilang "seseorang" atau "sesuatu" demi Allah. Daripada demi "seseorang atau "sesuatu" kita kehilangan Allah.
Firman Allah swt: " Dan barangsiapa yang berjihat (melakukan kebaikan) maka, sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam."[ surah 29; al-ankabut, ayat 6 ]
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)