Hari ni nak cerita pasal menghormati dijalan raya, Selalu kita dengar orang cakap " BERHATI-HATI DIJALAN RAYA " KAN? Kali ni berbeza sikit. Kalau cakap pasal hormat menghormati korang mesti terus tangkap muat pasal hormat orang tua lah, hormat kakak-kakak lah, yang penting korang akan fikir hormat kat manusia kan kan kan ? . Kali ni aku nak cite sikit kat korang pasal hormat orang masa kat jalan raya. Kalau boleh jangan lah buat jalan raya tu macam jalan datuk nenek kita sorang je. Nak nak kenderaan besar gedabak tu. Kalau da tau besar hormat laaa sikit kat orang yang menunggang motosikal ni. Sian sian sian.
Sebenarnya aku panas betul la dekat orang yang bawak kereta yang besar-besar ni, tak semua la tapi. Contoh yang paling mudah macam kereta hilux la kan. Nak potong barisan pun agak-agak la, nak kata buta tak pulak, mentang-mentang motosikal ni bersize kecik suka hati bapa tiri kandung dia je potong motosikal sampai body kereta yang punya lah gedabak tu nyaris-nyaris kena motosikal ayah aku, astaghfirullah memang aku naik angin la time tu. ok shahara tenang la sekarang. Sapa tak marah kan kan kan? Kalau korang kat tempat aku konpom 100% rasa nak tembak-tembak je kereta tu dengan senapang.
Harapan: moga kita dapat kekalkan perasaan hormat tu walau dimana kita berada terutama dijalan raya
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)