Esok hari yang mendebarkan bagi aku yang bergelar pelajar SPM 2012. Tipu la kan kalau tak takut, secara jujur aku memang rasa takut sangat. Ermm bukan takut pasal slip keputusan SPM yang bakal aku hadap, tapi aku takut keputusan aku tak berjaya membuat ibu dan ayah gembira. Aku takut dorang nangis sebab kecewa, kalau boleh tak nak la macam tu استغفرا الله
Tapi aku harap keputusan aku ok la kan. Pape pun aku dah berusaha bersungguh-sungguh. Slip keputusan SPM akan sampai kat Aga_C pukul 14.00 pandai-pandai la korang pikir pukul berapa kah itu. Kalau dekat semenanjung slip dia awal. Ramai orang tanya aku target berapa A. Aku memang tak target berapa A tapi aku harap lulus la. Yang paling penting aku da berusaha semampu yang boleh. Kali nie aku hanya mampu bertawakal kepada ALLAH. DIA lah yang MAHA MENGETAHUI. Aku redha dengan ketentuan NYA.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)