Kenang daku dalam doamu

Khamis, 21 Mac 2013

Terima Kasih



Alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang telah memakbulkan doa aku setiap hari. Pagi je telefon dah bebunyi sepupu semua betanye pasal keputusan aku, padahal aku masih dekat rumah. Tadi pergi sekolah dengan perasaan gemuruh, takut, semua la ada. Paling aku tak suka, Aku kena pergi sekolah sendiri-sendiri je. Ayah aku ada kerja sikit jadi terpaksa lah merempit dengan memakai baju kurung (terus hilang keayuan aku time tu) . Keluar je dari DEWAN kepala aku asyik memaling kekiri dan kanan, langkah aku kejap terhenti sebab kawan-kawan perihatin dengan aku.. HAHHA. Dorang taksub sangat dengan keputusan aku.

Firts sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang tak pernah jemu menadah tangan dan mendoakan anakmu yang nakal ni, terima kasih juga kepada guru-guru aku terutama sekali CIKGU SUHAILI selaku guru KIMIA dan GURU KELAS  kitorang ( Cikgu!!! saya dah lulus kimia ) heheh, terima kasih juga dekat kawan-kawan yang selalu bantu aku ketika aku dalam kebuntuan dan terima kasih sebab belanja aku makan dan minum jimatt duit aku HAHHA tak la, aku gurau je, and paling tinggi terima kasih kepada Cik Haziq Rasid  yang selalu bagi aku nasihat dan sudi mendengar luahan aku dan bebelan aku.. HUHU

Walaupun keputusan tak berapa enak dilihat sekurang-kurangnya aku dapat target dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris walaupun aku lemah sikit dalam bi tapi aku dapat buktikan yang aku ( BOLEH ), Matematik, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Biologi, Kimia, dan banyak lagi la subjeknya.

Aku bersyukur sangat sebab segala ketakutan yang aku hadapi dah berakhir. Tadi sempat jumpa ustazah Radiah, muka ustazah agak tegang la so kitorang cuma bersalaman je. Aku gembira sangat sebab dapat salam dan ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dah banyak bagi aku ilmu..Ape-ape pun TERIMA KASIH kepada semua yang dah banyak berkorban untuk aku. SAYANG KAMU SEMUA :)

Tahniah kepada hamba ALLAH yang lulus dengan cemerlang dalam SPM ni. Dan TAHNIAH kepada my BFF Shafika Izzati yang telah dapat 6A dalam SPM, Tahniah sayang. Miss you a lot.



 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)

 
Copyright © 2013-2017 : Puteri Sulung B0nda - All Rights Reserved