Kenang daku dalam doamu

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul..

...Assalamualaikum...

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat islam di muka bumi ini.Masih belum telambat aku ucapkan salam nie kan??..Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi umatnya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan umatnya yang tercinta..Aku nak kongsi 1 cerita harap korang dapat menghayati dan teladani sifat terpuji baginda..Insyallah ..

(KETABAHANMU YA RASUL KU)

Ketika menjadi imam dalam solat perut RASULULLAH S.A.W berbunyi lalu didengari oleh para sahabat baginda seakan-akan bunyi sendi RASULULLAH S.A.W bergeser antara satu sama lain..Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda langsung bertanya kepada RASULULLAH setelah selesai solat..

"Ya RASULULLAH kami melihat seolah-olah anda menanggung penderitaan yang amat berat..adakah anda sakit?" Namun RASULULLAH S.A.W dengan segera menjawab "TIDAK..Allhamdulillah aku sihat..

Mendengar jawapan tersebut sahabat umar bertanya"mengapa setiap kali anda menggerakkan tubuh,kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran pada tubuh anda"..Melihat kecemasan pada wajah sahabat RASULULLAH S.A.W mengangkat jubahnya,para sahabat berasa terkejut ternyata perut RASULULLAH kempis,kelihatan dililit sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar,batu-batu kecil itulah punca bunyi halus apabila aginda menggerakkan tubuh..

Saidina Umar memberanikan diri lalu berkata "Ya RASULULLAH adakah bila anda menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan, lalu kami hanya berdiam?"

RASULULLAH menjawab dengan lembutnya "tidak para sahabatku,Aku tahu apapun akan engkau korbankan demi rasulmu ini,tetapi apakah yang akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti?..Apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya." Para sahabat hanya tertegun..RASULULLAH melanjutkan "biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak tidak kelaparan didunia ini..

Penghayatan: Lihatlah betapa besarnya pengorbanan rasul kita..oleh itu marilah kita bersalawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Assalamualaikum !! Peacee ^_^ Sila komen Terima Kasih :)